Sebelum ni saya pernah menulis berkaitan game Kahoot dan Quizlet.
.
Kali ni saya nak menulis berkaitan satu lagi website yang boleh digunakan untuk “game” sewaktu kelas iaitu Quizizz.
.
Untuk Quizizz ianya berbeza dengan Kahoot. Soalan dan jawapan akan dipaparkan pada skrin telefon ataupun tab pelajar itu sendiri. Konsep Quizizz lebih kurang macam menjawab soalan peperiksaan/exam. Pelajar tidak perlu untuk mengejar sangat masa untuk menjawab soalan yang diberi. Markah diberi pada jawapan yang betul dan bukannya kepada siapa yang pantas menjawab. Fokus utama adalah jawapan betul. Jadi para pelajar boleh menjawab dalam “pace” atau kelajuan masing-masing.
.
Berbeza dengan kahoot, pelajar perlu memilih pilihan jawapan yang betul daripada soalan yang dipancarkan di skrin di hadapan kelas dan jika cepat menjawab soalan dan betul, akan dapat lebih markah. Selain itu, kahoot lebih bersifat persaingan kerana soalan dipancarkan di depan skrin, hanya jawapan di Telefon Pelajar.
.
Jadi tools seperti Quizizz ni sesuai digunakan sebagai alat untuk ujian ataupun kuiz ringkas selepas ajar setiap bab. Pelajar boleh diuji berkaitan pemahaman konsep yang diepelajari, dan kita boleh buat soalan berdasarkan objektif pembelajaran yang telah digariskan oleh pihak KPM.
.
Kami gunakan Quizizz ni sebagai Pre-test dan Post-test semasa bengkel #physicsotherapy. Sebelum sesi pertama bermula, pelajar akan diuji dahulu tahap pemahaman sedia ada melalui soalan-soalan yang diberi. Pada sesi penutup waktu petang ,sekali lagi pemahaman konsep akan diuji semula melalui aplikasi Quizzizz ni.
.
Berdasarkan dapatan ujian, memang ada perbezaan ketara keputusan pelajar sebelum dan selepas kelas dijalankan.
.
Quizizz juga akan keluarkan data summary. Berapa peratus pelajar yang menjawab dengan betul? Apakah soalan yang kebanyakan pelajar salah berjamaah etc. Jadi dari situ kita boleh lihat, topik apa yang perlu ditekankan kepada para pelajar atau pun topik yang majoriti pelajar lemah.
.
Bolehlah godek-godek lepas ni ye.
#physicsotherapy