Hari ini (8 November) merupakan hari ulang tahun penemuan sinaran-x (x-ray) oleh Wilhelm Rontgen.
.
Dalam silibus SPM bagi tajuk gelombang (waves), subtopik terakhir ada menyentuh berkaitan spektrum gelombang elektromagnet. X ray merupakan salah 1 daripada 6 gelombang elektromagnet.
“X” merupakan simbol yang digunakan dalam matematik bagi merujuk pada sesuatu yang “tidak diketahui” (unknown) kerana Rontgen pada ketika itu tidak mengetahui sifat tabii sinaran-x.
.
Penemuan ini membolehkan beliau merangkul Hadiah Nobel Fizik pertama pada tahun 1901. Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, gambar tangan isterinya merupakan gambar sinaran-x yang pertama. “I’ve seen my death!” kata isterinya.
.
Penemuan sinaran-x pada ketika itu menggemparkan dunia Eropah sehingga beribu artikel dikeluarkan dalam tempoh setahun mengenai sinaran-x sahaja. Perkara ini disensasikan dengan elemen ghaib dan paranormal. Sebabnya sinaran-x ialah sinaran yang tidak dapat dilihat oleh manusia tetapi dapat memberikan kesan yang tinggi.
.
Penemuannya mengembangkan dunia perubatan. Pada peringkat awal, tiada siapa pun tahu bahaya sinaran-x sehingga banyaknya kes kemalangan dan kematian akibat sinaran-x. Semenjak itu, saintis mula mengambil serius tentang dos penggunaan sinaran-x dalam perubatan.
.
Sinaran-x merupakan sinaran yang mempunyai kuasa pengionan (ionizing radiation). Dos yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan kulit dan sel-sel. Sinaran-x juga dapat meleraikan ikatan-ikatan kimia dalam tubuh yang boleh menyebabkan sel-sel dalam tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. Disebabkan ini, sinaran-x juga berperanan dalam membunuh kanser melalui kaedah terapi sinaran (radiation therapy).
.
Pada hari ini, sinaran-x banyak digunakan di hospital-hospital dalam dos yang selamat.
.
penulis asal: Zamir Mohyedin
sedkit olahan: Cikgu Ajwad
Info yang bermanfaat untuk semua. Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini👍🏻