Hari ini kami diberi peluang untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar tingkatan 5,SMKA Kuala Selangor. Untuk subjek apa? Dah semestinya subjek Fizik. ????
Pelajar dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil dan 2 kumpulan ini secara bergilir akan belajar subjek Kimia dan Fizik.
.
Untuk sesi 2 jam per kumpulan, sempatlah bantu mereka memahami bab f5 yang selalu memberi masalah kepada pelajar, Elektrik.
.
Ada beberapa muka pelajar yang saya kenal dan ada juga kisah menarik dengan pelajar-pelajar ini.
.
Pada September tahun lepas(2018), ada dua orang pelajar, Rabiatul dan Aliya menyertai bengkel Physics-O-Therapy topik form 4. Saya ingat mereka ni sebab mereka berdua sahaja pelajar tingkatan 4 yang join program September tersebut. Kebanyakan pelajar yang join adalah tingkatan 5 yang baru je selesai peperiksaan percubaan SPM. Jadi agak rare untuk pelajar tingkatan 4 join Bengkel Revision SPM.
.
Alhamdulillah,lepas join Bengkel, keputusan Fizik peperiksaan Akhir tahun mereka cemerlang!
.
Kisahnya tak habis di situ.
Waktu program Physics-O-Therapy, Disember 2018,ada dua orang lagi pelajar SMKA Kuala Selangor yang join, Zulaikha dan Farzana.
.
“dari mana awak tahu program ni?”
.
Kawan kami yang suggest join program ni. Sebab kitorang tanya, macam mana result diorang boleh meningkat mendadak.
.
“siapa nama kawan awak?”
.
Rabiatul dengan Aliya.
.
Saya memang ingat nama mereka berdua. Biasalah, bila ada perkara yang rare mcm pelajar form 4 join Bengkel persediaan SPM, lagi lah mudah nak ingat.
.
Alhamdulillah,Asbab buah mulut mereka, pihak PIBG dan sekolah setuju untuk jalankan program tuisyen berkala di SMKA Kuala Selangor.
.
So target kami tshun ni adalah nak bantu sekolah ini mencapai GPS bagi Fizik yang lebih baik untuk tahun ni!
.
Semoga kami berjaya!