Result SPM 2018 sudah pun diumumkan.
.
Tahun ini result pelbagai huruf. Sudah semestinya kami nantikan feedback dari para pelajar terutama yang mengambil kelas secara bulanan mahupun yang hadir ke program Physics-O-Therapy.
.
2018 adalah tahun 3 Physics-O-Therapy dengan jumlah program anjuran dan jemputan sekitar 25 program. Boleh kata tahun cemerlang untuk POT.huhu
.
Alhamdulillah, ramai yang mengalami peningkatan dalam keputusan SPM berbanding keputusan peperiksaan Percubaan,
Ada pelajar yang gagal dalam percubaan berjaya mendapat B+, A- dan ada juga yang berjaya dapat A.
Sudah semestinya keazaman, usaha dan kerja keras semua pihak membantu peningkatan tersebut.
Kami hanya memberi dorongan dan membuka jalan untuk tunjukkan yang peperiksaan SPM itu tidak lah susah.
.
Oleh itu, kami kongsikan mesej-mesej yang kami terima
tahniah kepada semua, walau apa pun keputusan yang anda terima!
fokus kepada cabaran selepas SPM, apa halatuju anda?