Dalam bab 2 tingkatan 4, antara topik yang mencabar untuk diajar ialah Daya (Force).
Terutamanya bila mengajar topik daya yang lebih advance seperti Daya pad pada objek yang berada di atas satah condong.
Setiap kali nak mengajar topik ini, memang kena mulakan dengan mengajar atau ulangkaji semula topik trigonometri.
Punca utama topik ini nampak susah ialah:
- Tidak memahami konsep daya. Seimbang dan tidak seimbang
- Lemah matematik. terutamanya melibatkan algebra dan asas trigonometri
.
Antara perkara asas yang pelajar keliru ialah:
1. Kenapa kena pakai cos sudut dan pakai sin sudut?
2. Kenapa berat adalah hipotenus?
3. Daya pada objek itu seimbang atau tak seimbang? balance or unbalance force?
.
Kalau ajar topik ni memang satu masa habiskan ajar topik ni sahaja tapi ianya tak ambil masa yang lama kalau pelajar ada asas matematik yang baik.