“cikgu tolong ajar static equilibrium boleh?esok kami exam” itulah permintaan pelajar Level 1 Permata Pintar Negara.
.
Dengan yakinnya terus jawab “Boleh!”
.
Dulu static and dynamic cikgu A- kot????(riak. Astagfirullah)
.
.
waktu kelas dimulakan, ingat boleh terus cover static equilibrium, rupanya tak boleh masuk terus ke static equilibrium.
Ada yang masih kurang jelas tentang equilibrium force? kenapa guna trigonometri sin cos tan? mana sudut nak ambil etc?
.
Asas bagi topik ini sebenarnya diajar sewaktu SPM dalam bab 2,subtopik dalam bab 2 form 4 yang dipanggil “force in equilibrium” atau pun balance force. Bahasa melayunya pula dipanggil keseimbangan Daya.
.
Dalam topik ini, pelajar akan belajar apabila objek di dalam bila dalam keadaan “equilibrium”, Net force (ada yang panggil resultant force atau total force) daya bersih yang bertindak pada objek adalah sifar.
Apa yang berlaku pada objek yang dayanya seimbang atau equilibrium ni?
.
Objek tersebut sama ada akan kekal berada dalam keadaan pegun, atau kalau bergerak, akan bergerak dengan halaju seragam atau halaju malar. (constant velocity and stationary)
.
untuk level selepas SPM, contohnya STPM, A level, atau foundation, term yang digunakan berubah sikit.
.
Kalau objek tidak bergerak, itu dipanggil static equilibrium.
.
Kalau objek bergerak dengan halaju seragam, itu digelar Dynamic equilibrium.
.
Walaupun termnya sudah berbeza, Konsep pemahamannya kekal sama seperti konsep pemahaman daya yang dipelajari sewaktu SPM dahulu. ????
.
#physicsotherapy