Zaman teknologi ni sebenarnya memudahkan pelajar untuk belajar.
ada seorang pelajar kami yang bagi saya sangat kreatif.
setiap kelas beliau akan mengangkat tangan dan bertanyakan soalan supaya cikgu datang dekat dengan beliau.
apa yang dia lakukan adalah, dia akan merakam jawapan yang guru tersebut berikan bagi setiap soalan yang diajukan.
.
“kenapa awak nak rekod suara cikgu mengajar?”
.
senang cikgu, balik ni saya akan ulangkaji semula apa yang cikgu ajar malam ni. jadi voice recorder ni macam saya dengar audiobook lah.senang sikit nak masuk cikgu dan faham cikgu. So next class, takdelah saya mintak cikgu ulang semula topik hari ini. Next class je, dari awal kelas dah ready untuk next topik. Tuisyen 2 jam je seminggu, tapi dekat tuisyenlah saya boleh faham.
.
kreatif pelajar ni.
bila nak ulangkaji semula, pelajar boleh menggunakan visual, lihat semula latihan yang cikgu bagi.
pelajar juga boleh menggunakan kinestatic, melalai cara menjawab soalan dan latihan yang diberikan.
Namun susah untuk pelajar belajar melalui audio, kerana cikgu hanya ada disekolah atau di pusat tuisyen.
Merakam suara cikgu mengajar dan mendengarnya semula semasa sesi ulangkaji sudah semestinya teknik yang bijak!
merakam voice memo dan menamakan voice memo mengikut tajuk perbincangan